Wednesday, 13 April 2016

MAKANAN MASA BERPANTANG



Ibu baru bersalin semasa berpantang perlu jaga pemakanan. Makan makan berkhasiat dan kaya serat untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga dan kesihatan. Ia juga dapat membantu pengeluaran susu lebih banyak untuk penyediaan susu secukupnya kepada bayi. Sumber makan mahupun minuman kaya vitamin dan mineral, serta serat perlu diutamakan dalam setiap menu.

Banyakkan makan sayur dan buah-buahan segar, terutama ulam-ulaman kerana boleh dimakan begitu sahaja. Pengambilan ulam herba dapat membantu pemulihan tenaga lebih cepat. Sayur eloknya dimakan mentah.  Namun jika perlu dimasak, masak yang simple sahaja. Kalau boleh, elakkan pengguna santan yang kaya dengan lemak. Ibu dalam pantang tidak sesuai makan makanan berlemak.

Elakkan juga minuman bergas, sejuk serta tajam seperti tebu, cincau, nenas, kelapa muda, dan lain-lain lagi. Makanan seperti ini menyebabkan sakit sendi dan otot semasa berpantang kerana pada masa ini, memang sel sel baharu hendak pulih seperti sediakala.

Elakkan memakan ikan masin atau ikan kering kerana akan menyebabkan nifas berbau dan melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ikan berbisa seperti keli, pari juga tidak digalakkan dimakan. 

Digalakkan untuk memakan ikan haruan kerana memang terbukti ikan haruan ini mempercepatkan penyembuhan luka-luka di badan. Kalau susah hendak dapatkan ikan haruan hidup, boleh didapati dalam bentuk pati atau kapsul. 

Sepanjang berpantang elok amalkan set ibu lepas bersalin yang banyak di pasaran sekarang. Ia lengkap dengan keperluan ibu bersalin. Set ibu bersalin berasas ciri rawatan tradisional, tetapi diolah secara moden untuk kemudahan dan keselesaan pengguna. 


No comments:

Post a Comment