Tuesday 29 November 2016

HAK BIASISWA PELAJAR BUMIPUTERA

Salah satu hak istimewa Melayu yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ialah berkaitan pelajar Melayu mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. 
 
Kerajaan perlu memberi keistimewaan penyediaan biasiswa, khususnya kepada pelajar Melayu yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam bidang profesional. 

Biasiswa dapat membantu pelajar Melayu mengikuti pengajian dalam bidang profesional yang kurang disertai kaum Melayu. 
 
Memandangkan peluang pengajian dalam bidang profesional di universiti tempatan agak terhad, maka biasiswa perlu disediakan untuk pelajar Melayu melanjutkan pengajian di luar negara. 

Peluang pendidikan yang baik perlu disedikan untuk kaum Melayu menceburi bidang kerjaya yang dapat membantu negara mencapai status negara maju. 
 
Penglibatan kaum Melayu dalam bidang profesional dapat merapatkan jurang taraf kerjaya dan kekayaan di antara kaum. 

ILMU HARTA PALING BERHARGA

Sejarah tamadun Islam dan semua bangsa diasaskan berdasarkan kepada kekuatan dan penguasaan ilmu yang dicapai oleh masyarakat berkenaan. Jadi, usaha besar yang perlu dilakukan seluruh umat Islam sekarang untuk mencapai kedudukan terbaik adalah dengan meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan penganutnya. 

Kekuatan ilmu memberi kelebihan untuk melakukan urusan kehidupan moden hari ini yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran. Mereka yang gagal menguasai ilmu pengetahuan dan kepakaran berkenaan tidak mampu untuk bersaing mendapat kebaikannya.    

Allah SWT telah member peringatan mengenai kepentingan ilmu. Mereka yang berilmu mendapat kedudukan yang lebih tinggi berbanding orang tidak berilmu. 

Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

Kita tidak mampu mengatasi kekuatan pihak lain jika sekadar hebat berdemostrasi dan melakukan perbuatan ekstrem. 

Perbuatan demostrasi mendatangkan keburukan kepada masyarakat setempat dan tidak diperdulikan oleh pihak yang ditujukan tujuan berdemostrasi itu.

Orang bijak menggunakan kekuatan ilmu untuk mengatasi musuh, bukannya dengan kemarahan. Orang sedang marah adalah mereka yang paling lemah. Sebab itu, orang sedang marah melakukan perbuatan yang mendatangkan kerugian pada diri sendiri. 

Umat Islam dahulu amat mencintai ilmu disebabkan yakin dengan kelebihan yang dijanjikan kepada mereka yang berilmu. 

Ini bertepatan dengan hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan Baihaqi bermaksud: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap lelaki dan perempuan.”

Pembangunan modal insan melalui pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi satu pelaburan penting untuk negara mencapai status negara maju dan contoh pada masa depan. 

Penyediaan pasarana pendidikan yang baik dan disokong oleh sikap ibu bapa yang mementingkan pendidikan anak masing-masing mencetus fenomina masyarakat berilmu di negara kita.

Ibu bapa yang ingin melihat anaknya berjaya perlu mengutamakan usaha memberi pendidikan terbaik kepada anak masing-masing. 

Ilmu adalah harta paling bermakna.  Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan, "Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada ilmu".

FAKTA NIKAH MUTAH PERLU DIFAHAMI


Nikah mutah amalan penganut Syiah membolehkan suami meminjamkan isteri kepada lelaki lain. Contohnya, jika suami tidak yakin dengan keselamatan isterinya ketika ketiadaannya di rumah, boleh menyerahkan isterinya dimutah (dinikahi) lelaki lain sepanjang ketiadannya itu.

Keadan sama juga membolehkan anak perempuan dimutaahkan oleh sesiapa yang disukai oleh sibapa atau sianak.

Sebenarnya amalan mutah ditolak kebanyakan penganut Syiah sendiri. Sifat manusia tidak mahu berkongsi isteri dan sedar keburukan mutah. 

Hanya ulama Syiah menggalakkan amalan itu yang menyatakan sesiapa melakukan nikah mutah mendapat pahala besar. Ulama Syiah menyuruh orang bawahan mengikut fatwa itu, sebaliknya kalau ada sesiapa yang statusnya rendah nak tawarkan diri untuk mutah dengan anak gadisnya atau isterinya, maka dia sudah tentu tak akan benarkan.

Jika ulama besar itu hendak bermutah dengan isteri orang atau anak "dara" orang boleh, tetapi kalau ada sesiapa tawarkan diri nak bermutah dengan anak ulama tadi, nescaya tidak dibenarkan.

Dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, nikah mutah adalah haram, biarpun pada awalnya amalan itu dibenarkan dalam Islam. 

Nikah mutah mula diharamkan ketika Perang Khaibar. Namun bagi ulama Syiah, pengharaman itu hanya ketika Perang Khaibar dan bukan sepanjang masa seterusnya.

Imam al-Khui yang mengulas mengenai perkataan Abu Abdullah (nama ini sering disebut dalam hadis Syiah) berkata, bahawa perkataan Amirul Mukminin tentang pengharaman nikah mutah pada hari Khaibar adalah berlaku pada hari itu sahaja, dan tidak berlaku untuk hari sesudahnya.

Kemudian dia kata, perkataan Abi Abdullah tentang isu nikah mutah itu adalah suatu taqiyyah. Hal ini kata Imam al-Khui menjadi sepakat para ulama mereka (Syiah).

Hakikatnya, pendapat para ulama mereka telah disanggah oleh ulama mereka sendiri setelah membuat kajian mendalam dan perbandingan riwayat.

Pengharaman nikah mutah pada hari Khaibar adalah serentak dengan pengharaman daging keldai yang diberlakukan sejak Khaibar hingga sekarang dan tetap berlaku sampai kiamat.
 
Kaum mereka mengatakan diharamkan mutah pada hari Khaibar sahaja. Selepas dari itu, ia jadi halal semula. Itulah yang jadi pegangan sampai sekarang walaupun ada dalil lain lagi yang mereka kemukakan.

SIAPA LAYAK DIGELAR PEJUANG ISLAM

Islam tetap satu. Perjuangan Islam demi untuk mendapat keredaan Allah. Malangnya, orang Islam selalu berpecah. Kawan rapat bertukar umpama musuh apabila berlainan parti. Sebab itu Islam lemah dan dihina.

Di manakah perjuangan Islam jika berpecah dan tidak mesra. Berbeza pandangan politik tidak seharusnya menjadi faktor perpecahan. Sepatutnya kita lebih bersungguh-sungguh untuk berjuang menegakkan Islam.

Firman Allah bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan; dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali antara satu sama lain. Yang lebih mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa.” – (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Justeru itu tiada individu, kumpulan atau bangsa boleh mengaku lebih mulia dan berkuasa berbanding yang lain. 

Biapun dari bangsa berkuasa, warna kulit menarik, keturunan berdarjat, mewah dengan kekayaan dan ditakuti pihak lain, itu semuanya tiada bezanya di sisi Allah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya melihat kepada hati dan amalan kamu.” - (Hadis riwayat Bukhari).

Islam melarang sebarang perpecahan, biarpun nampak kecil. Perpecahan kecil yang tidak dikawal akan mengakibatkan perpecahan lebih serius. Justeru itu, jangan memandang mudah kepada bibit-bibit perpecahan. 

Sebab itu Islam mengharamkan perbuatan berselisih faham, biarpun sekadar tidak bertegur sapa atau memalingkan muka melebihi tiga hari. 

Had tiga hari itu memberi peluang kepada individu yang berselisih faham memikirkan kesannya, mententeramkan fikiran dan mencari titik penyelesaian. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Tidak halal bagi Muslim meninggalkan saudara Muslim yang lain lebih dari tiga hari, (di mana) keduanya berjumpa lalu yang seorang memalingkan dirinya dari yang lain.” - (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim).

KERJA TAMBAH PENDAPATAN

Laku dua kerja. Tambah pendapatan untuk kehidupan lebih baik. Allah tidak akan mengubah nasib anda jika anda tidak lakukannya sendiri. Perbuatan menuding jari menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan diri sendiri itulah yang dikatakan hina.

Kita salahkan orang lain mengapa hidup dihimpit masalah. Yang bermasalah adalah kita. Jadi mengapa salahkan orang lain?

Rakyat asing boleh hidup selesa di negara kita. Mereka boleh mengumpul wang dan dihantar ke negara asal. Ada yang mampu memiliki perniagaan yang baik  di negara kita.

Mengapa itu terjadi? Sebabnya mereka ingin mengubah nasib. Sanggup bersusah payah dan mempertaruhkan sepenuh masa dan tenaga untuk mengubah nasib.

Mereka yang hanya tahu mengeluh dan menyalahkan orang lain tidak akan menjadi lebih baik. Bahkan, nasibnya lebih buruk dan motivasi terus jatuh. 

Mereka hanya tahu marah, ingin salahkan orang lain. Diri sendiri tidak mahasabah untuk mencari punca mengapa kehidupanya tidak bahagian.

Apabila dicadangkan melakukan pelbagai kerja atau lebih satu kerja, lantas dikatakan orang yang mencadangkan itu tidak ada otak. Siapa sebenarnya tidak ada otak? Berfikirlah untuk kebaikan. Kita tidak adakan mati kerana bekerja lebih. 

Hidup tidak mahu berusaha lebih adalah sifat malas. Lebih banyak berada di warung dan kedai makan berbanding berusaha. 

Anak yang sepatutnya telah bekerja masih dibiarkan hidup macam anak orang kaya. Banyak lepak dan bersukaria. Jadi mat repit dan terjebak aktiviti tidak sihat.

Keengganan untuk berusaha untuk diri sendiri dan keluarga adalah di antara faktor yang menyebabkan kehidupan berada dalam keadaan melarat. Apabila perkara ini berlaku, mereka memilih jalan mudah dengan menyalahkan kerajaan.

Budaya melakukan dua tiga kerja telah lama diamalkan di negara-negara barat dan timur.

Sikap manusia yang lebih suka mengecam dan memilih untuk berfikiran negatif menjadi punca keengganan mereka untuk berusaha dengan lebih gigih.

Pernahkah anda mendengar pepatah Melayu “Belakang parang, kalau diasah lagikan tajam”?

Begitu juga dengan tubuh badan kita. Dengan “exersice” yang banyak maka badan kita akan lebih cergas dan sihat.

Allah telah kurniakan setiap orang dengan pancaindera yang sama namun cara setiap orang menggunakannya sememangnya berlainan diantara satu sama lain.

Tahukah anda, mereka yang banyak tidur, otak akan “mati”?

 Mungkin anda akan terkejut apabila anda mendapati dengan melakukan dua tiga kerja, tubuh anda bukan sahaja lebih sihat malahan “poket” anda juga akan lebih tebal dan ini menjurus kepada keluarga yang lebih bahagia.

USAHA MUDUH HANCURKAN ISLAM

Umat Islam dilabel Barat sebagai pengganas dan ekstrimes dalam usaha menghapus kebangkitan umat Islam dan menakluk negeri kaum muslimin. Mereka ‘mencipta’ beberapa kejadian dan mencari ‘kambing hitam’ untuk dijadikan korban. Setelah itu, mereka memaksa dunia menerima bahawa mereka akan menyelamatkan dunia dari ancaman pengganas ini.

Selain digelar pengganas, banyak cap lain yang digunakan oleh Barat terhadap umat Islam dan perkara ini telah lama dilakukan oleh mereka.

Barat melabelkan umat Islam sebagai fundamentalis, ekstremis, moderate dan sebagainya dan istilah-istilah ini telah dipropagandakan oleh mereka agar diterima pakai di seluruh dunia.

Oleh itu, adalah suatu perkara biasa apabila istilah-istilah ini digunakan oleh sesiapapun dari kalangan umat Islam, baik dari kalangan rakyat mahupun pemimpin.

Semenjak Rasulullah SAW berjaya menzahirkan Islam di atas segala agama lain, kejayaan ini diteruskan pula dengan gilang-gemilang oleh para khalifah sesudah baginda.

Kekuatan Negara Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah memang tiada tolok bandingnya sehingga seluruh penjuru dunia mengetahui dan mengakui bahawa kekuatan Islam adalah kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan.

Golongan kuffar cuba untuk mengalahkan Islam dengan peperangan fizikal selama ratusan tahun, namun apa yang mereka perolehi hanyalah kekalahan demi kekalahan.

Setelah menyedari bahawa peperangan fizikal tidak membuahkan hasil, maka golongan kuffar ini telah beralih kepada peperangan baru yang lebih dahsyat yakni peperangan pemikiran atau serangan pemikiran.

Perang ini sebenarnya jauh lebih berbahaya kerana ia dirangka untuk merosakkan aqidah kaum muslimin dan menghapuskan syariat Islam dari dalam.

Melalui perang pemikiran ini jugalah Daulah Khilafah Uthmaniyyah yang begitu besar dan kuat telah berjaya dihancurkan.

Racun assabiyyah dan wathaniyyah yang ditanam di dalam benak kaum muslimin telah menyebabkan mereka terpecah belah kepada negeri-negeri kecil berdasarkan bangsa (nation states).

Walaupun Daulah Khilafah telah berjaya dihancurkan, namun kebencian dan dendam mereka tidak berakhir di situ.

Perang pemikiran diteruskan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ini dilakukan bagi memastikan kaum muslimin tetap di dalam perpecahan dan permusuhan dan agama Allah ini tidak akan kembali diamalkan oleh umat Islam.

Mereka juga berusaha bagi memastikan agar Daulah Khilafah tidak akan muncul lagi. Mereka merancang dan melaksanakan perang baru ini dengan penuh sabar dan berhati-hati.

Mereka mengambil masa yang lama menanam fahaman yang menjerat umat Islam mengikut kehendak mereka. 

Mereka telah menggunakan segala sarana yang ada untuk memastikan kejayaan mereka di dalam peperangan ini. Hari ini, kita dapat saksikan bahawa perang ini telah membuahkan hasil yang lumayan bagi kaum kuffar.

Umat Islam hari ini bertelagah sesama sendiri dalam hal agama, berpecah dan membenci antara satu sama lain. Para pemimpin mereka pula berjaya dipengaruhi untuk menggunakan kuasa yang ada bagi memerangi dan memusuhi Islam serta umatnya.

Kita mengetahui bahawa buat masa ini Amerika Syarikat menguasai dunia dengan sejumlah jaringan informasi raksasa yang mereka miliki.

Dengan kekuatan ini, mereka berjaya mengawal dunia dan mengarahkan jaringan informasi negara-negara lain agar berkiblat kepada mereka.

Tujuannya adalah agar umat Islam tidak mendengar, kecuali apa yang disiarkan oleh mereka; tidak menonton, kecuali apa yang mereka tayangkan; tidak membaca, kecuali apa yang mereka tulis; tidak berbicara kecuali apa yang mereka bicarakan; tidak mengikut, kecuali apa yang mereka arahkan dan tidak berfikir, kecuali menurut sebagaimana yang mereka inginkan.

Terhadap Islam, AS menginginkan agar kita memahaminya dengan cara berfikir mereka. Oleh itu, jika ada orang yang menyimpang dari cara pandang mereka, maka AS akan segera menggerakkan media massanya untuk menyerang.

Mereka akan menggambarkan orang tersebut sebagai berlawanan dengan Hak Asasi Manusia, tidak demokratik, perosak perpaduan, pengacau keamanan dan sebagainya.

Mereka akan menyatakan kepada dunia bahawa ini adalah golongan ekstremis, fundamentalis, terroris, radikal dan merbahaya.

Istilah-istilah sebegini direka dan dimanipulasi oleh AS untuk membawa satu konotasi yang negatif dan buruk.

Merekalah yang mula-mula mencipta istilah-istilah ini dan mereka berjaya memaksa dunia menerima makna-makna istilah ini sebagaimana makna yang dimaksudkan oleh mereka.

Mana-mana orang yang tidak berfikir cara Barat, mana-mana orang yang tidak sehaluan dengan Barat dan mana-mana orang yang ingin mengamalkan ajaran Islam, tetapi tidak sesuai dengan kehendak Barat, maka golongan ini akan dicap sebagai ‘ekstremis’.

Pada masa yang sama, Barat mempropagandakan istilah ‘moderate’ (sederhana) dan meracuni pemikiran umat Islam bahawa kelompok Islam yang ‘baik’ adalah kelompok moderate (sesuai dengan kehendak Barat).

Mereka mengheret dunia agar bersetuju dengan mereka melalui istilah-istilah yang dilontarkan.

Sesungguhnya cap-cap sebegini dilontarkan oleh Barat kepada umat Islam, agar kita mentafsirkannya mengikut tafsiran mereka.

Malangnya sekarang ini, bukan sahaja Barat, kita juga melihat bahawa gelaran  ini telah dilontarkan pula oleh sesetengah kaum Muslimin termasuk para pemimpin, kepada umat Islam, dengan konotasi yang sama.

Jika suatu waktu dahulu, di zaman kebebasan individu mula melanda negeri dan tubuh umat Islam, mana-mana perempuan yang memakai tudung labuh akan dianggap sebagai ekstrem. Sesiapa sahaja yang berjubah dan berserban juga dianggap sebagai ekstremis agama.

Ringkasnya, sesiapa sahaja yang cuba berpegang teguh dengan ajaran agama akan dilabelkan sebagai pelampau.

Golongan yang tidak ekstrem adalah mereka yang tidak bertudung, minum arak, pergi ke pub-pub atau kelab malam, bercampuran lelaki dan wanita (bersosial) dan seumpamanya.

Sesunguhnya semua ini adalah manifestasi dari racun kuffar Barat yang telah menular di dalam pemikiran kita agar kita bermusuhan antara satu sama lain serta membenci dan memerangi sesama kita.

Sebagaimana kita maklum, kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang kepada sekularisme.

Mereka membunuh, memerangi dan menjajah kita dan menerapkan sistem kufur mereka ke atas kita atas nama sekularisme.

Dengan kata lain, kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang teguh dengan fahaman sekular mereka.

Wahai kaum Muslimin! Kita bersaudara. Kita adalah satu kesatuan. Haram untuk kita berpecah belah dan bermusuhan. Musuh kita adalah mereka yang menolak Allah dan RasulNya, bukan sesama kita.

ADAKAH BATAL WUDUD CIUM JENAZAH

Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah? Jenazah selepas dimandikan dan sebelum dikafankan akan diambilkan wudud oleh pemandi jenazah itu. Itu amalan yang dilakukan. 

Kebiasaan pula, apabila setelah dikafankan dan sebelum bahagian muka ditutup sepenuhnya, sanak saudara akan mencium jenazah kali terakhir sebagai 'salam ucap tinggal dan tanda kasih berkekalan sehingga ke hari kiamat'.

Namun, kerap berlaku larangan dilakukan perkara itu melibatakan suami mencium jenazah isteri dan sebaliknya. 

“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Itu antara kata-kata larangan yang sering diungkapkan yang kita dengar.

Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?

Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya.

Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.

Mari buka Kitab fiqh. Mari belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.

Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?

Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).

Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?

Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.

Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.

Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.

Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.

Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.

Rujukan -Kitab Kifayatul Muhtadi (Pengajian dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )

RUKUN NEGARA

Sejarah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969. 
 
Rukun Negara bertujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat. Diharapkan kefahaman dan pengamalan prinsip Rukun Negara akan menghalang berulang peristiwa seperti 13 Mei yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. 

Rukun Negara

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat prograsif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada raja dan negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.

Penjelasan fasal Rukun Negara secara ringkas:

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan kepada raja dan negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.

Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan undang-undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.

Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.

Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan kesusilaan.
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

TINDAKAN PERLU DILAKUKAN KETIKA EKONOMI GAWAT

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kepada negara dan rakyat. Kesan ekonomi tidak menentu, segelintir rakyat Malaysia menerima tempias diberhentikan kerja, ada dibayar gaji rendah, perbelanjaan harian meningkat dan lain-lain.

Berikut perkara yang seeloknya jangan dilakukan ketika keadaan ekonomi yang tidak stabil:
- Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’
- Jangan tukar kereta baru, melainkan benar-benar perlu.
- Jangan buat hutang baru, hutang lama kambus segera.
- Elak berbelanja kepada perkara yang tidak perlu.
- Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada.  
- Jangan beli rumah mewah.   
- Elak terpengaruh dengan iklan yang mengajak berbelanja perkara yang tidak perlu.
- Kurang berbelanja perkara tidak perlu.
- Buat simpatan jika ada wang lebih.
- Elak melancong di luar negara.   
- Amalkan membeli barang tempatan untuk mengelak pengaliran keluar wang.  
- Guna barangan sehingga 'kegunaan' terakhir. 
- Jangan buang atau ditukar dengan yang baru selagi ia boleh digunakan.
- Guna pada tahap optimun. Contohnya penggunaan petrol dengan cara pemanduan berhemah.  
- Elak membazir sumber tenaga seperti elektrik dan air. 
- Jadi pengguna yang bijak, membeli hanya barang atau perkhidmatan yang perlu.

Amalan berjimat cermat bukan saja untuk menyelamatkan ekonomi diri, bahkan ia tuntutan agama Islam. Islam menggalakkan umatnya bersederhana dan berjimat cermat. 

Mereka yang melakukan usaha jimat cermat demi kebaikan dan memenuhi tuntutan agama mendapat kebaikan dan keuntungan di dunia dan akhirat.

Sifat boros dan mengikut nafsu serta tidak bersyukur terhadap kurniaan Allah merupakan sifat yang dibenci Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: "Makan dan minumlah dan jangan kamu boros, sesungguhnya (Allah) tidak menyukai golongan pemboros." - (Surah al-A'araf, ayat 31).

Elakkan diri menjadi seorang pembazir kerana sifat demikian merupakan amalan buruk (amalan syaitan).

Firman Allah yang bermaksud: 'Sesungguhnya golongan pembazir adalah sahabat-sahabat syaitan.'- (Surah al-Israk, ayat 27).

Menurut al-Qurtubi, maksud sahabat syaitan adalah dari segi perlakuan buruk, membelanjakan harta terhadap perkara maksiat dan menunjukkan sifat kufur terhadap nikmat Allah SWT dan mengabaikan ketaatan kepada Allah SWT.